Posts

Image
Gardens by the bay, Singapore 31.8.2019 Assalammualaikum hi korang rasa bercinta nak update blog hehe.. Boring2 ni Sis nak share la trip ke Gardens by the bay Singapore cuti Merdeka lepas. Alang2 ada jemputan wedding kat Singapore ni so Sis selitkan la sekali trip jalan2 kat Singapore ni. Gara2 movie 'Crazy rich Asian' Sis teringin sangat nak ke sini tengok lampu dia menarik sangat.. Kalau nak tido kat Marina bay sand ni tak tau la bila mampu kan so dapat bergambar dulu pon jadi laa.. Ok untuk trip ni Sis & family kecil stay dekat Hotel Berjaya Waterfront JB, kat stulang dah dekat nak ke JB Sentral. Kami guna grab je untuk pergi dan balik dari hotel ke JB Sentral. Di sebabkan kami nak cepat sampai ke wedding so kami pilih untuk naik train je dari JB ke Singapore dan beli return tiket terus di kaunter RM30 (RM15, o/w) sebab kalau balik baru beli kat Woodlands harga tiket dalam SGD(S'pore dollar) so kene bayar SGD15, tapi tiket balik kami burn je sebab ter
Image
MAPS (Movie Animation Picture Studio) Ipoh, Perak. – 20.12.2018 Assalammualaikum semua, Hii! buat semua yang tercari2 blog pasal Maps kat Ipoh ni Sis nak share pengalaman kami yang dah ke sana cuti sekolah anak hujung tahun   lepas. Kami beli tiket di Matta Fair bulan Jun, harga RM40/ 1 pax, so total untuk 3 orang RM120 (budak pon rate sama sebab harga promo) validity tiket sampai hujung tahun (31.12.2018). ni tiket kami dapat masa beli kat Matta Fair Pukul 7am kami gerak dari KL dan sampai   Ipoh 11am. Sampai sana kami singgah breakfast kat kedai makan New Hollywood kat Taman Canning, kedai makan yang viral dengan roti bakar telur goyang tu. Masa kami sampai kedai penuh dengan pelanggan, berpusing cari meja. Kat sana kami cuba roti bakar telur goyang, mee kicap, hor fun dan mee wantan. Sis suka hor fun dia iaitu tepung yong taufu yang berisi udang, ada soya sos dan makan dengan sambal. Makanan yang lain pada Sis rasa biasa je. sarapan kami Lepas ma
Image
Last Day, 6/4/2018 Bali-KL breakfast by the pool Pagi ni Suami ajak keluar breakfast tapi Sis nak makan megi cup yang Suami beli malam tadi je. Sayang rasanya nak keluar dari bilik. Check-out pukul 12pm, Nanda amek kami kat hotel. Actually hari last ni kami tak book pon Nanda tapi semalam dia offer untuk hantar kami ke Airport sebab dia tanya nak ke Airport esok macam mana. Sis minta Nanda singgah Agung Bali untuk shopping last souvenir, semalam dah shopping tapi rasa tak cukup. Di sebabkan duit rupiah pon banyak lagi kami minta Nanda bawa makan di tempat yang sedap nama Restoren "Ayam tulang lunak Malioboro". Bye 18 Suite Villa Loft Restoren yang Nanda bawa ni dekat area Airport ni juga owner Chinese katanya tapi makanan di sini Halal ada ayam famous yang boleh makan tulang2 sekali sebab tulang dia lembut. Kami order Ayam masak dengan salted egg memang sedap, harini tulang ayam memang lembut boleh di makan tak macam semalam. Sis lupa makanan
Image
Day 5, 5/4/2018 Kuta, Bali Tanah Lot Hari ni pagi2 kami di jemput Nanda(driver) yang kakak angkat Sis recommend. Nanda sampai pukul 8am tunggu kami kat lobi dan pagi ni kami nak ke Tanah Lot. Tanah lot ni temple, kat Bali ni memang banyak temple, kuat agama Hindu kat sini. Tanah Lot ni cantik la sebab tempat dia tepi laut memang cantik untuk bergambar. Settle pusing dalam ni kami proceed ke Uluwatu temple pulak sebab perjalanan nak ke Uluwatu ni agak jauh dari Kuta so kene bertolak awal kalau lambat takut tiket untuk tengok "Kechak Dance" habis kata Nanda. Otw ke Uluwatu kami stop lunch di Restoren yang famous dengan ayam betutu bali. Kata Nanda tulang ayam tu boleh makan tapi tak lembut pon. Kami order la ayam famous tu dengan  pecal dan jus alpukat jus favrot Sis. Sis suka ukiran pintu gerbang ni  so x kesah la ramai orang pon nak bergambar kat sini gak Kat restoren ni ada surau so sementara tunggu makanan sampai kami take turn solat dulu.  Lepa
Image
Day 4, 4/4/2018 Kuta, Bali Dari Nusa tadi kami turun di Sanur lagi tempat kami naik bot masa pergi ke Nusa Lembongan, dan kami dah ditunggu supir yang akan hantar kami ke hotel di Kuta. Supir ni dah termasuk dalam return transport dengan Maruti Express yang suami booked online. Malam di kami tidur Pops hotel di Kuta, kami booked awal dari Agoda. Hotel2 kat bali ni memang murah harga 100,200 dah boleh dapat bilik selesa. Hotel ni nampak baru masa kami sampai, agak trendy jugak la pintu toilet pon unik. Kami pilih hotel ni sebab within walking distance area Kuta beach. Supir hantar betul2 depan hotel so jangan takut di tipu ye bagi yang nak tempah online tu tapi direct ke Website official la. View Pop hotel dari bilik kami Selesai qada solat dan mandi kami keluar cari dinner di pantai Kuta ada stall jual bakso kakak yang jual tu pakai tudung so tanya dia cakap halal kami makan kat tempat dia je siap ada meja lagi. Lepas makan kami beli jagung bakar yang ada di bakar kat
Image
Day 4- 4/4/2018 Nusa Penida Hari   ni kalau ikut plan asal kami dah patut keluar pulau pagi untuk ke Kuta pula tapi di sebabkan Sis nak snorkelling di sini jadi kami tukar time naik bot ke tengahari untuk ke Kuta.   So hari ni kami beli pakej snorkelling ke 4 pulau dengan kedai yang ada kat tepi pantai tempat kami turun bot dari Lembongan. Harga pakej murah je dalam rm50 sorang siap snorkeling gear life vest, snorkel mask dan fin. Kami di bawa ke Big budha, Manta spot, Big fish spot dan last sekali ke Paradise Island. Arus di Big Buddha pagi ni agak kuat boatman pesan tarik tali yang ada takut arus tolak jauh. Sis tak dapat share gambar Big Buddha statue yang ada di dasar laut sebab Sis lupa bawa Hd Cam Sis ke Bali. ni kat spot Big Buddha Next spot kami di bawa ke Manta bay di sini memang ada tapi susah nak nampak sebab dia laju tak datang dekat pon sebab banyak sangat bot yang ada kat sini manta pon takut, kat sini sekejap je.  Next kami ke big fish spot Sis turun da
Image
Day 3-4/4/2018 Nusa Penida Kelingking Beach - the reason we are here! Pagi ni kami ke Kelingking beach, haa ni la tempat yang menarik Sis nak ke sini tengok iklan kat billboard tepi highway tu memangil2. Kelingking beach ni famous dengan batu seakan dinosaur atau nama lain tempat ni T-rex beach yang terletak kat Bunga Mekar, Nusa Penida, Klungkung Regency, Bali 80771, Indonesia. Untuk ke sini korang follow je sign board yang ada antara jalan ke broken beach semalam tapi simpang yang lain, dan bagi yang naik motor kene bayar bape sen rupiah je untuk parking. Kat sini boleh hiking untuk turun ke pantai. Sis nak remind sape yang nak turun tu pakai kasut yang sesuai macam sport shoes untuk keselesaan dan keselamatan sebab jalan turun buat dari kayu yang di ikat dengan tali, condition tangga tak berapa baik ambil masa 30min untuk turun dan naik. nampak kayu yang bertali ni la tangga yang bawa kita ke baawah Air laut dari atas nampak tenang tapi bila sampai bawah om