Assalammualaikum semua,
Hii! buat semua yang tercari2 blog pasal Maps kat Ipoh ni Sis
nak share pengalaman kami yang dah ke sana cuti sekolah anak hujung tahun lepas. Kami beli tiket di Matta Fair bulan Jun,
harga RM40/ 1 pax, so total untuk 3 orang RM120 (budak pon rate sama sebab
harga promo) validity tiket sampai hujung tahun (31.12.2018).
ni tiket kami dapat masa beli kat Matta Fair |
Pukul 7am kami gerak dari KL dan sampai Ipoh 11am. Sampai sana kami singgah breakfast kat kedai makan New Hollywood kat Taman Canning, kedai makan yang viral dengan roti bakar telur
goyang tu. Masa kami sampai kedai penuh dengan pelanggan, berpusing cari meja.
Kat sana kami cuba roti bakar telur goyang, mee kicap, hor fun dan mee wantan.
Sis suka hor fun dia iaitu tepung yong taufu yang berisi udang, ada soya sos dan makan dengan sambal. Makanan yang lain pada Sis rasa biasa je.
sarapan kami |
Lepas makan kami terus ke Maps, dekat je dari Taman Canning ni sampai Maps pukul 1pm. Bagi yang dah ada tiket macam kami perlu beratur juga tunjuk je tiket di kaunter pembelian dan beratur untuk cek beg pulak, makanan macam roti krim pon tak boleh bawa masuk ye cuma air kosong je lepas. Sis advice sebaik masuk tengok dulu chart showtime yang ada kat main entrance bagi menyenangkan korang adjust time untuk kejar show yang korang nak tengok. Tips Sis better tengok show yang ada dulu dan main permainan yang ada sebelah petang sebab belah petang barisan untuk permainan dah tak panjang so jimat masa beratur.
Main entrance |
Selesai main bumper car lepas lebih sejam beratur kami ke Stunt
Legend Arena untuk aksi stuntman kereta
dan motor. Durasi show dalam 15-20 minit di mana kita akan di tontonkan show dari stuntman
yang beraksi dengan kereta dan motor masing-masing. Show ni antara tarikan
utama kat sini dan wajib tengok. Sila datang ke zone ni awal untuk dapatkan seat
sebelum stadium penuh. Seat kat sini banyak tapi buatnya visitor hari yang
korang datang beribu macam time kami ke sini memang akan penuh satu stadium.
Showtime! |
Lepas habis stunt show kami ke The Smurf Theatre, kat sini
budak2 dapat berinteraksi dengan Smurf yang di selitkan unsur muzikal, dan host
juga banyak communicate dengan audience especially kids so budak2 enjoy la kat
sini. Buat yang bawa anak kecil jangan lepaskan The Smurf show ni dan jugak sila
beratur seawal 20 minit sebelum showtime sebab kalau korang sampai dekat dengan show time kemungkinan korang terpaksa tunggu the next
show atas sebab seat penuh. Tapi jangan risau dalam sehari ada lebih 5x Smurf’s
show ni.
ni la Smurf Theater |
Kat depan Smurf theatre ni ada Parade sebelah petang so kami terus cari port duduk untuk tengok Parade lepas Smurf show ni. Kat Parade ni semua watak animasi macam Boboboi, Ajen Ali, Smurf dan Stuntman yang buat show tadi akan keluar untuk menghiburkan penonton. Parade ni sekejap je tak lebih 30 minit lepas watak2 kartun and stuntman tadi jalan berarak kami pon terus sambung main permainan yang ada kat thrill ride zone.
Parade |
Lepas tengok Parade kami sambung main permainan yang lain, kali ni beratur dah x panjang macam masuk2 tadi. So untuk yang baru sampai boleh kejar show yang ada dulu dan boleh main
sebelah petang untuk mengelakkan beratur lama. Kat thrill rides zone kami main
2 permainan je cuma Asteroid attack yang berpusing sampai kepala ke bawah tu
taubat dah tak nak naik, so kami main Space X-Plorers, best! mesti naik tau, nampak
macam biasa je tapii menjerit jugak haha.
Glow in the dark dalam zon 3D |
Next kami ke zone 3D, kat sini korang boleh bergambar posing
macam2 gaya. Dalam zon 3D ni jugak ada zon glow in the dark. Sebelah malam kami spent di Fantasy forest, permainan kat sini
sesuai untuk anak kecil dan parents pon boleh teman anak main kat sini. Dalam
ni ada cafe Coral Kingdom, kat café ni pon ada tempat untuk anak2 bermain, dalam ni luas dan
selesa ada air-cond. Café coral kingdom
ni tutup awal pukul 7pm so kalau nak makan kat sini pastikan sampai sebelum 7pm.
Fantasy Forest |
@ Fantasy Forest |
Kami dinner di Starport retail lebih kurang macam food court
ada banyak stall kat sini. Kami order chicken wings sedap! Air tin kat dalam ni
rm5/1. Lepas dinner sebelum closing kami
tengok Boboiboy 4D adventure theatre kat Animation square. Masuk sini pakai 4D
spec dan boleh pilih seat. Selesa dan
best audio dia. Ikut hati nak tengok lagi tapi ni last show. Untuk closing ada
pertunjukan api kat luar theatre iaitu di main entrance tapi kami tak tengok
sebab pilih tengok 4D ni memang tak rugi.
Boboiboy 4D Theatre Hall |
Sebelum balik kami masuk kedai yang ada jual souvenir kat main entrance ni dan belikan anak glow in the dark untuk tampal kat bilik dia buat kenangan. Bagi yang nak bawa anak kecil dan warga emas, kat dalam ni lengkap ada toilet dan surau. Parking pula kalau sampai dah tengahari macam kami memang dapat parking jauh tapi jangan risau sebab ada free shuttle van yang bawa kita ke kereta tanpa caj dan parking kereta pon free. Sampai sini untuk entry Maps ni kalau korang nak tau info lebih details korang boleh cari kat Website: Maps Ipoh. Tq for reading.
Comments
Post a Comment