Gardens by the bay, Singapore
31.8.2019
Assalammualaikum hi korang rasa bercinta nak update blog
hehe.. Boring2 ni Sis nak share la trip ke Gardens by the bay Singapore cuti Merdeka lepas. Alang2 ada jemputan wedding kat Singapore ni so Sis selitkan la sekali
trip jalan2 kat Singapore ni. Gara2 movie 'Crazy rich Asian' Sis teringin sangat
nak ke sini tengok lampu dia menarik sangat.. Kalau nak tido kat Marina bay sand ni tak tau la bila mampu kan so dapat
bergambar dulu pon jadi laa..
Ok untuk trip ni Sis & family kecil stay dekat Hotel
Berjaya Waterfront JB, kat stulang dah dekat nak ke JB Sentral. Kami guna grab je untuk pergi dan balik dari hotel ke JB Sentral. Di sebabkan kami
nak cepat sampai ke wedding so kami pilih untuk naik train je dari JB ke Singapore dan beli return tiket terus di kaunter RM30 (RM15, o/w) sebab kalau balik baru beli
kat Woodlands harga tiket dalam SGD(S'pore dollar) so kene bayar SGD15, tapi tiket balik kami burn je
sebab terlepas time (ya yang tak best nye kena pilih time sekali) so kalau korang nak berjalan tak payah la beli tiket awal2
korang boleh je balik naik bas baru SGD1.60 per pax.
![]() |
dalam tren nak ke SG |
Perjalanan train sekejap sangat dalam 5min dah sampai
Woodlands CIQ so turun train untuk cop passport sebelum tu jangan lupa isi
borang putih custom declaration form atau Disembarkation/Embarkation card. Kad
ni bagi dengan passport kat kastam dorang akan cop dan simpan baik2 kad ni
selit kat passport jangan bagi hilang keluar nanti kastam nak tengok lagi.
Setel cop passport jalan la ikut arah keluar untuk ambil
bas, bus stop kat sebelah kanan luar bangunan. Kat bus stop ada board
no bas dan destinasi so korang cari la bas no berapa untuk ke destinasi korang. Sediakan duit kecil untuk tambang bas sebab takkan dapat balance kalau bayar duit besar. Macam kami nak ke wedding dulu di Hotel One Farrer so kami turun bas di MRT
stesen Kranji dan naik tren kat situ then turun kat stesen Dhoby Ghaut tukar tren ke line purple pulak untuk ke stesen
Farrer. Venue wedding kami berdepan je dengan stesen Farrer lintas jalan dah sampai.
![]() |
ni la line mrt yang korang boleh refer untuk ke destinasi |
Nasib baik dah pernah naik tren kat Hong kong so takde la pening kepala dengan line MRT kat Singapore ni. Make sure korang study route line MRT yang ada dulu yer jangan sampai kene tukar 2,3 tren sayang duit dollar wei. Ok selamat di Wedding dalam pukul 4pm kami chao ke Gardens by the bay. Alhamdulillah kalau awal sangat jalan cuaca panas, time kami pergi ni tak hujan, cuaca cantik. Dari hotel, kami naik tren dari stesen Farrer dan tukar di stesen Little India untuk ke Bayfront harga untuk kami 3 beranak 2 dewasa 1 budak dalam SGD7 beli tiket kat mesin je.
![]() |
to Gardens by the bay by train |
MRT kad kat sini recycle tak macam kat Malaysia and kalau kita top up guna kad yang sama dapat la diskaun SGD0.10 tapi kami tak buat pon sebab time balik baru perasan tu pon nampak orang buat, so kalau korang nak tau tanya je information kaunter yang ada kat situ caranya. Turun di stesen Bayfront jalan la kami ikut arrow Gardens by the bay jauh nak jalan and reminder buat yang dah beli tiket awal dari klook jalan untuk ambil tiket arah yang berbeza so make sure ambil tiket di Red Dot Museum dulu kalau tak sia2 kene patah balik kalau dah sampai di Gardens by the bay.
![]() |
Cloud forest |
Setel collect tiket kita masuk je venue yang nak kita
pergi tunjuk tiket and dorang akan scan tiket tadi di entrance. Harga tiket kami
beli dari klook RM230 untuk 2 dewasa and 1 budak , boleh masuk 3 tempat iaitu
Cloud forest, Forest Dome & OCBC Skyway. First kami ke Cloud forest, main
attraction kat dalam ni air terjun dia, kat sini antara yang terbesar dari 2
tempat lagi so kat sini korang akan spend masa lebih dari 2 tempat lagi. Make
sure battery hp or camera full yer kalau tak rugi la sebab cantik kot bergambar
kat Gardens by the bay ni.
Closing trip jalan2 ni Sis pilih untuk naik OCBC skyway
pukul 8.45pm sebab slot untuk pukul 7.45pm dah full. Tips untuk ke OCBC Skyway ni
korang kene pilih time dulu sebelum naik ye so better datang sejam awal untuk
elak slot penuh jangan sampai terlepas rugi la kalau tak dapat naik tiket dah
beli awal. Sementara menunggu turn kami, kita layan dulu Garden rhapsody lights
& music show dekat Supertree Grove, show time pukul 7.45pm &
8.45pm.
![]() |
ni la Garden Rhapsody lights & music show |
Habis tengok show kami dinner dulu dekat Texas Chicken
ada food court berdekatan area Supertree Grove ni. Teringin nak makan bento
tapi was2 walaupun kat Singapore je tapi pastikan kedai korang makan ada sijil
halal ye. Texas Chicken dalam ni ada cert halal so kami pilih untuk isi perut
dekat Texas yang berada di hujung kanan food court. Selesai
makan kami ke OCBC Skyway beratur tunggu turn untuk naik lif. Nasib baik sempat kalau terlambat 5 minit dah tutup line tak boleh beratur macam orang yang sampai lepas kami.
![]() |
view dari atas OCBC skyview |
Ok turun dari tren cop dulu passport kat kastam then lalu
jejantas untuk ke bus stop. Naik bas kene jalan jauh, kalau naik tren dekat je
huhu.. then naik bas no. 160 make sure tanya dulu driver bus sebab no bas yang
sama tapi ke 2 arah berbeza kami bayar cuma SGD3.20 untuk dewasa budak driver tak caj
pon tapi time naik bas ke MRT Kranji masuk tadi budak pon kene bayar harga
dewasa. Naik bas pon sekejap dah sampai JB. So berjalan ke JB sentral dan tunggu
grab untuk bawak kami balik ke hotel. Total kami belanja sehari untuk public
transport, makan dan minum SGD50 tak termasuk souvenir SGD10.
Comments
Post a Comment