GUNUNG KINABALU, SABAH- 27-29/6/2019
|
Gunung Kinabalu sentiasa di hati Sis 😢
|
Assalammualaikum dan salam sejahtera dear
readers.. di entri ni Sis nak share pengalaman mendaki Gunung Kinabalu(MK) pada hujung
bulan lepas, dah lama tak masuk blog sebab sibuk training untuk ke MK sebelum
ni. Di sebabkan masih rasa rindu dalam hati, Sis nak abadikan dalam blog ni moment
manis dan pengalaman menawan MK. Sis dan Suami terpilih untuk menyertai misi MK
yang di anjurkan office kami. Sis yang tak pernah berangan untuk menawan MK ni
walaupun rajin hiking untuk menikmati keindahan alam semulajadi taknak lepaskan
peluang yang rare ni so Sis dan Suami on. Terima kasih boss En Aziz bagi peluang pada kami.
|
♫tinggi2 GK♪ tinggi lagi sayang sama kamu ♪
biru2 hujung Kinabalu tengok dari jauh hati saya rinduuu♫
|
Kami tiba di KK pada 27/6/2019, setiba kami
di Airport KK, kami di jemput
RGS iaitu
organizer team kami, lepas lunch seafood kami terus di bawa ke Kinabalu Park
tempat kami bermalam sebelum ke MK. Sis dan sorang ahli team dapat sebilik di
Nepenthes suite 3, di sebabkan Sis hanya update story di IG dan tak teringat
untuk bergambar disini maka takde gambar di sini untuk di share.
Sesiapa yang
berminat tengok video di IG Sis boleh follow: Cik Ceria. Suite yang kami dapat
ni sangat selesa dan cantik rasa sayang nak tinggalkan, dapat la kami tidur dan
duduk kurang lebih 5 jam je di suite mahal ni.
|
kad ni Sis gantung kat rumah. huhu rinduuu |
Hari yang kami tunggu2 28/6 selepas
breakfast di Balsam Café dan mengambil lunch pack masing2 selepas settle urusan
porter dan mendapat kad(name tag) iaitu permit untuk mendaki masing2 kami di
bawa menaiki van ke Timpohon Gate iaitu kaki MK. Selepas mendengar taklimat dan
berkenal dengan porter masing2 kami start mendaki pada jam 9.30am. Sepanjang
perjalanan tangga, tangga dan tangga.. Alhamdulillah Sis training di batu caves
naik turun 8 loops tiap weekend sangat membantu mental dan fizikal. Teknik bernafas yang betul juga SANGAT PENTING jadi ambil tahu dan berlatih sebelum nak mendaki MK. Sepanjang
perjalan terdapat 6 pondok rehat dan toilet anggaran masa untuk sampai tiap
pondok sejam based on stamina.
|
hujan renyai nasib baik tak jadi turun |
|
lunch pack
|
Pada jam 2pm kami berkumpul di Layang2 hut untuk lunch, makan lunch pack yang Balsam Café sediakan tadi. Kat sini dah start
rasa sejuk. Kat sini Sis dah start pakai gloves & wind breaker. Lepas lunch
kami teruskan perjalanan, bermula lah trek bertanah & batu.
Alhamdulillah jugak hujan tak turun sepanjang perjalanan jadi tak berlecak la
kami. Dari sini Sis dah mula gerak dengan suami perlahan2 tak larat nak ikut
team yang teman big boss tadi, pada Sis kalau banyak berhenti nak start berjalan balik sangatlah letih, double penat terasa.
Hampir jam 6pm juga kami tiba di Laban Rata resthouse, sampai2 makan dinner yang dah
sedia memang tak larat dah kononnya nak enjoy sunset pon Sis dah lupakan bila
cuaca sejuk sangat2 tak larat rasa nak duduk kat luar.
|
"well done u have reach Laban Rata resthouse @ 3272m" Yayyy lega! |
Kami all the 4 ladies yang ada dalam team, share sebilik dalam dorm ada 2 bunk bed,di sebabkan penat gambar bilik pon lupa nak amek untuk di share, maaf.. dalam bilik kami xde toilet tapi sharing toilet for female guest ada bersebelahan bilik kami dan water heater xde yeee huhu.. Selepas dinner masuk bilik bersiap untuk
tidur selesai qada’ solat, JANGAN LUPA siapkan barang keperluan untuk ke summit
simpan dalam beg siap2 diingatkan kat dorm/bilik kerap blackout jadi jangan
berlengah2 bila dah masuk bilik.
dinner di Laban Rata resthouse cafe
Di sini time management sangat penting sebab
kita Cuma dapat tidur lebih kurang 4-5
jam je sebelum kita kene siap untuk supper jam 2am sebelum ke summit.
Jadi diingatkan lagi GUNA MASA SEBAIKNYA. Rehat sangat penting bagi mengelakkan
sebarang masalah fizikal. Sis nak remind juga elakkan caffeine dan teh sebelum
ke peak bagi mengelakkan AMS (nasihat dari coach kami) sis pantang seminggu
sebelum pergi. Tapi pukul 2am di cafe air yang disediakan kopi dan teh jadi
macam Sis ada bawa chocolate drink Cadbury dan Sis cuma minum tu dan air
mineral. Di cafe anda boleh beli air panas cuma rm1.50 tak kira apa size flask
anda mereka tetap caj rm1.50.
Jam 3am kami start perjalanan ke Sayat2.
Diingatkan juga untuk tiba ke puncak anda wajib tiba di Sayat2 sebelum jam 5am.
Jika anda sampai lebih masa anda tak dibenarkan meneruskan perjalanan. Jadi sepanjang
perjalanan Sis melangkah tanpa stop sebab pk kan cut off time yang diberi.
Alhamdulillah Sis tiba di Sayat2 checkpoint jam 4.30am. dah sampai sini tunjuk
name tag anda pada staf yang bertugas dan anda boleh solat Subuh di pondok yang ada
di sini.
|
@ Sayat2 checkpoint- muka gembira sampai 30min before cut off time |
Start dari Sayat2 ni Sis mula berjalan
dengan Suami, dari mula lagi trail mencabar sepanjang jalan pacak ada
part yang kita perlu tarik tali jadi pagi ni Sis rasa lagi mudah tak guna
walking stick dan Sis pon tak bawa atas nasihat dari Mountain guide. Cuaca pagi ni
sangat2 sejuk iaitu -2°c jadi thermal suit, heat pack, gloves, snow
cap, face mask sangat membantu, air panas juga jangan lupa bawa dalam flask
lega dapat minum. Dengan angin dan kabus tebal bila Sis specky pakai face mask
bila bernafas spec kabur cuma follow tali yang ada la bila tak nampak jalan.
|
time ni 6.30am
|
Setiap langkah kami banyak berhenti bila
Suami dah rasa sakit dada apa yang Sis takut jadi juga, masa ni kami dah di KM8
lagi 500m je lagi untuk sampai ke Peak tapi keadaan kesihatan Suami tak
mengizinkan, dan bila Sis toleh belakang sorang lagi kawan dari team Sis yang
kaki hiking stamina double kami pon sampai berpimpin tangan dengan Mountain guide sangat2 terkejut time ni. Tapi dia masih bersemangat untuk teruskan dan kami
bertiga pimpin tangan teruskan langkah.
Tapi bila Suami di belakang dah taknak melangkah lepas di panggil, Sis terus
berpatah ke Suami.
|
langkah2 akhir
|
Masa ni Allah je tau rasa dalam hati tanpa
fikir Sis terus putuskan untuk teman Suami dan kawan kami yang tenat tadi pon
decide untuk stop di situ dan turun, sebab takut akan menyusahkan yang lain
kalau keadaan lagi teruk. Jadi di sini saja perkongsian Sis untuk misi MK ni
iaitu Sis gagal untuk tawan dan bergambar di Low’s Peak.
Walaupun sepanjang perjalan Sis dari jam 3am
tadi tak berhenti dengan satu matlamat tapi di sini saja rezeki pada kali ni.
Insha-Allah... mungkin dapat Sis share kan di entri yang lain bila Sis dapat
kembali ke sini dan berjaya menawan MK yang sentiasa di hati.
Sila layan photos Sis ye..
|
di km 7.5, sikittt je lagi ke puncak (ibarat dia dekat tapi jauh) sobs |
|
berjalan turunlah dengan hati yang tenang.. |
|
dapat jugak Sis bergambar di tangga famous ni |
|
see u again! |
|
majlis penyerahan sijil oleh Big Boss kami (Pencetus misi ni). Background MK |
Sijil b&w je yang dapat Sis bawak pulang. sobs
ok la sis xpe tunggu suami tu pahala.
ReplyDeletecantik pemandangan dia...
ReplyDeleteMK Trip Vol 2 pulak...kumpul duit..hihi
ReplyDelete