Last Day, 6/4/2018
Bali-KL
breakfast by the pool |
Pagi ni Suami ajak keluar breakfast tapi Sis nak makan megi cup yang Suami beli malam tadi je. Sayang rasanya nak keluar dari bilik. Check-out pukul 12pm, Nanda amek kami kat hotel. Actually hari last ni kami tak book pon Nanda tapi semalam dia offer untuk
hantar kami ke Airport sebab dia tanya nak ke Airport esok macam mana. Sis
minta Nanda singgah Agung Bali untuk shopping last souvenir, semalam dah
shopping tapi rasa tak cukup. Di sebabkan duit rupiah pon banyak lagi kami minta
Nanda bawa makan di tempat yang sedap nama Restoren "Ayam tulang lunak Malioboro".
Bye 18 Suite Villa Loft |
Restoren yang Nanda bawa ni dekat area Airport ni juga owner Chinese katanya tapi makanan di sini Halal ada
ayam famous yang boleh makan tulang2 sekali sebab tulang dia lembut. Kami order
Ayam masak dengan salted egg memang sedap, harini tulang ayam memang lembut boleh di makan tak macam semalam. Sis lupa makanan yang lain Sis makan la
tak amek gambar tapi kedai ni sedap cuma harga pon boleh tahan la dengan rasa.
Kami belanja makan Nanda sama so settle duit rupiah Sis kat restoren ni. Sampai Airport Nanda minta bergambar dulu untuk profile IG dia,
Overall Sis jatuh cinta dengan Bali sebab banyak laut
cantik2 kat sini memang sesuai la dengan jiwa laut Sis, cumanya nak
cari makan halal tu agak sukar sebab penduduk Bali ni majoriti Budha. Kami rasa
nak repeat Nusa Penida dan nak stay sana je seminggu. Kalau korang ada nak
tanya apa2 berkenaan trip ni sila komen dan Sis akan cuba jawab soalan korang.
Thank you dan selamat ke Bali bagi yang nak ke sana. Bagi yang cari Supir korang boleh cari Nanda kat IG: andatour_dewata
Comments
Post a Comment