Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
23 Mac 2019



Puncak Datuk- antara yang akan ke Mount Kinabalu

Assalammualaikum dan salam sejahtera Dear Readers.. Entri ni Sis nak share pendakian ke Gunung Datuk. Actually Sis nak hiking untuk leisure enjoy nature je tapi tahun ni atas rezeki Suami Sis tumpang terpilih untuk join trip ke Mount Kinabalu anjuran ofis, so dari awal tahun sampai la ke bulan ni memang aktiviti kami training naik turun bukit tiap weekend. Sis nak share la trip ke Datuk buat kali ke2 bagi Sis, 1st time pergi tahun 2009 dulu time tu air sungai kat bawah gunung tinggi sekarang dah sikit je air. Tangga nak ke puncak pon ikat tali je kat batu, sekarang tangga dah kukuh lebih safe. Pendakian bermula jam 8am dan sampai ke puncak jam 10am ikut time Sis la, Ketinggian gunung 855 meter.

Selat Melaka yang kabur atas keadaan udara berjerebu

Gunung Datuk antara yang Sis suka sebab kat puncak boleh nampak selat Melaka, view cantik sikit la compare to Angsi. Pada pendapat Sis kalau anda beginner yang tak fit, anda boleh cuba tempat lain macam Bukit Batu Putih, Port Dickson atau Broga, Semenyih dulu. Batu putih lebih cantik view. Bila minat hiking tu dah datang anda boleh la cuba Datuk dan yang lain2. Sebab ramai dari mereka yang Sis dengar first time dah naik tempat pacak dan menyesal terus taknak cuba tempat lain. Pada Sis selagi ada minat untuk mencuba kita cuba je! Jangan dengar cakap orang dah takut, rugilaa hidup kan sekali je.. hehe 
 
ni la tangga yang dah cantik tu, dulu tangga lentang kat batu tu je berikat dengan tali, lagi thrill.

Tips yang Sis boleh share anda boleh bawa walking stick bagi yang perlu, untuk membantu semasa turun. Time Sis pergi, kat puncak banyak lebah so pada anda yang rasa nak cari spray insect supaya serangga tak datang kat anda boleh la cari kat kedai yang ada jual barang hiking, atau minyak angin yang berbau serai pon boleh untuk sapu pada bahagian yang terdedah. Air minum sangat penting ye jangan rasa tape air takde pon. Sis biasa bawak air botol 750ml je tapi kalau anda perlu air lebih, seliter pon dah cukup takut kalau 2 liter berat beban menyukarkan pendakian. Air isotonic / 100plus memang antara minuman yang terbaik semasa pendakian, bagi Sis laa lain orang lain cara/ rasa kan.




Datuk 855 meter

Puas bergambar kat atas kami pon turun, perjalanan turun mana2 tempat pon memang kurang dari perjalanan naik. Kami mengambil  masa 1 jam 30min untuk sampai ke bawah. Dah sampai bawah boleh la tukar baju yang dah basah dengan peluh tu, so bawa jugak baju spare untuk tukar, kalau pakai basah peluh naik kereta dari Negeri Sembilan ke KL tak selesa kann, boleh tukar di bawah ada public toilet. Bayaran sebanyak RM5/pax dikenakan semasa mendaftar nama sebelum naik. Jangan lupa daftar nama atas faktor keselamatan ye. Parking limited kalau boleh datang la awal, jam 8am kereta dah banyak, parking free. Ok sampai sini dulu, semoga info dapat membantu. Tqsm for reading.




Tupai hutan yang jinak, dia bau makanan dalam beg Sis, so bagi la dia sikit.



Comments

Popular posts from this blog

HONEYMOON TRIP, BALI - APRIL 2018