Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu.
4 Mei 2019
|
Puncak Bukit Kutu |
Assalammualaikum dan salam sejahtera Dear Readers. Entri ni
Sis nak share pendakian ke Bukit Kutu pada sabtu lepas. Bukit kutu terletak di
Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ketinggian 1090 meter Bukit Kutu bersamaan dengan ketinggian gunung. Bayaran RM1 seorang di kenakan penduduk orang Asli yang menunggu di pondok tepi
jalan masuk ke sini. Parking percuma tapi disarankan untuk datang awal sebab
seawal 7.30am dah banyak kereta yang sampai.
|
Jambatan pertama |
Pendakian kami bermula jam 8am, macam biasa dengan team
sama yang akan ke Mount Kinabalu, bagi tujuan training. Terdapat sebanyak 3
sungai untuk diseberangi, sungai yang pertama ada jambatan kukuh, sungai yang
ke2 jambatan senget yang akan ditenggelami air jika air tinggi, dan di sungai
ke3 takde jambatan cuma ada 2 pilihan berjalan atas batu atau
jalan dalam air, bagi yang tak nak kasut basah boleh standby slipper.
|
Sungai ke3 |
Perjalanan yang Sis ambil untuk ke puncak mengambil masa 3
jam, ikut stamina masing2 ada yang sampai 2jam 30minit dan ada yang boleh buat
2 jam atau kurang. Sis sarankan bawa air minum 2 liter seorang dan air isotonic
100plus sangat melegakan, buat Sis laa.. Setiba di puncak kami picnic sementara
tunggu sorang lagi dari team kami. Training terakhir kami sebelum Ramadhan ni memang
kami plan untuk picnic di atas dan masing2 bawa makanan, konsep pot luck.
|
Picnic |
Selesai makan kami ke
puncak untuk mengambil gambar. View di atas Puncak sangat cantik, rugi
kalau dah sampai sini tak bergambar di puncak. Trip kali ni tak ramai hikers mungkin
sebab keadaan cuaca atau masing2 sebok dengan persiapan Ramadhan jadi tak lama
untuk tunggu bergambar di puncak. Di ingatkan walaupon anda berani dan tak
gayat sila berhati2 di puncak kerana anda berada di tempat yang tak selamat
salah step boleh jatuh ke bawah.
|
Kutu ✔ |
Selesai bergambar kami berkemas turun kerana cuaca yang
tak mengizinkan untuk duduk lama. Guruh dah bagi petanda beberapa kali dan suku
perjalanan turun hujan pon turun. Bila hari hujan trail basah dan nasib tak
baik Sis jatuh terduduk jadi berhati2 bila trail basah! Small step is the best.
Perjalanan turun kali ni agak lama sama dengan perjalanan naik 3 jam juga sebab
lepas jatuh Sis dah mula slow. Trail yang basah sangat menganggu dengan lumpur
penuh kasut. Baju hujan atau poncho Sis tak bawa, jadi sila standby perlu jika hujan lebat.
|
Sementara mereka ready biar Sis bergambar dulu 😄 |
Sampai di bawah pula air sungai tinggi, ingat tak sungai
yang Sis sebut jambatan senget tadi? Air deras laju tengelamkan jambatan tu
jadi team yang lain dah tunggu kat jambatan untuk tarik kami, ikut arahan yang
di beri bergerak ber2 elak berjalan sorang, pegang stick atau tangan kawan
sebelah bergerak setapak2 perlahan dan pijak kayu yang masih nampak (tak
tenggelam sepenuhnya) berhati2 ikut arahan yang diberi dan yakin dengan kawan
sebelah anda. Macam yang Sis sebut tadi bawa walking stick jika ada, sangat membantu
bila trail licin.
|
Batu tedung yang sangat2 besar dan cantik |
Sila bawa baju spare untuk tukar di bawah, ada
pondok untuk tukar pakaian berdekatan parking kereta. Pengalaman baru buat Sis
training dalam hujan. Best kalau jalan mendatar tapi azab kalau trail macam
kutu ni huhu.. Apapon nasihat Sis berhati2 jangan confident sangat, terutama
di Puncak bila bergambar jangan lupa nyawa anda seperti di hujung tanduk. Silakan
naik untuk rakam kenangan tapi keselamatan jangan dilupakan. Tak lupa ridsect repellent
bawa jika perlu sebab bermula dari batu tedung hingga ke puncak banyak lebah
tapi jangan risau sebab lebah ni tak menyengat. Sekian saja sharing Sis untuk Kutu ni. Tq for
reading! 😊
|
Yes we did it! |
Comments
Post a Comment