Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
27 April 2019
Assalammualaikum dan salam sejahtera Dear Readers.. Sis & family baru
lepas balik bercuti di PD. Sis berbesar hati untuk share percutian kali ni
atas pengalaman menarik yang kami terima dari hotel yang Sis pilih, jadi tulisan
kali ni kredit Sis buat Avillion Admiral Cove PD.
Avillion Admiral Cove terletak di jalan Pantai Si Rusa, PD. Admiral Cove
berada dalam kawasan dia saja di mana tak bercampur dengan hotel lain. Di jalan
masuk ke hotel akan ada signboard Avillion Admiral Cove dan masuk saja di
situ.
Kami tiba di hotel jam 3 petang iaitu time check-in hotel,
waktu pendaftaran Sis di beritahu yang bilik tak siap lagi, tapiiii Front Officer berkenaan bagitau
dia upgrade bilik premium yang Sis booked ke Studio Street iaitu SEAVIEW!!! dengan happynya Sis pon spontan keluar dari mulut "yayyy tq Cikkk". Alhamdulillah
rezeki kami sekeluarga dapat bilik Studio Street seaview tanpa extra charge.
view dari bilik kami |
Studio Street ni besar dan sangat selesa. View kiblat
pulak mengadap laut memang WOW!! Selesai solat asar kami berjalan ke kawasan pantai. Pantai berdekatan
dengan hotel cuma jalan kaki dari lobi hotel keluar di main gate hotel, dalam 2min sampai. Kami sekejap je di pantai, anak Sis nak mandi di swimming
pool. Swimming pool agak luas dan connected antara kawasan kanak2 dan dewasa.
kiblat arah laut |
swimming pool |
Di pool ada bar kecil untuk anda order minuman atau makanan sambil tunggu anak2 swimming. Towel juga tersedia di bar, so minta saja towel dengan staf hotel yang bertugas. Jam 7 kami naik bilik untuk enjoy sunset dalam bilik je.
waktu senja |
Pagi next day kami breakfast buffet di Traders Food Shop, harga bilik
termasuk breakfast untuk 2 dewasa dan 1 budak. Pilihan makanan banyak tapi kami tak rasa semua makanan yang ada so tak boleh nak komen rasa. Dalam kawasan hotel banyak aktiviti yang di
sediakan antaranya Gym dan Children's Playroom, complimentary. Terdapat juga aktiviti berbayar seperti kayak dan lain2. Anda boleh refer manual book yang di sediakan dalam bilik untuk aktiviti2 yang ada.
Marina views from Traders Food Restaurant |
Sis rate Avillion Admiral
Cove ni 9/10 untuk view hotel yang sangat cantik dengan bangunan rekaan English Classic, Marina port, harga bilik yang sangat berbaloi, bilik yang selesa dan layanan staf dari pihak hotel yang baik. Tips Sis untuk anda yang nak view cantik dari bilik, anda boleh pilih Studio Street macam yang Sis dapat ni atau Panorama room dengan view Marina. Sekian tq for reading..
view from room no. 1300
Marina @ Avillion Admiral Cove, PD |
Comments
Post a Comment