DINNER IN THE SKY, Bukit Bintang, KL.
3.3.2019
3.3.2019
Memory from the top
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
(Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)
Assalammualaikum dan salam sejahtera Dear Readers! Sis nak share pengalaman "Dinner in the sky
(DITS)” buat yang mencari surprise atau special occasion untuk diri sendiri
atau yang terCinta.. Syukur ke atas rezeki dari Allah SWT, dan terima kasih buat
Suami yang murah hati bawa ke sini. Buat pengetahuan anda “Dinner In the Sky(DITS)”
Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang dan dalam kawasan yang sama dengan “Plane
in the city” di mana anda boleh pilih untuk makan di awangan atau dalam Plane.
3.3.2019 Sis di bawa
Suami ke sini sempena sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang pertama, Sis akan share pengalaman pada yang teringin mencuba “DITS” ini. Macam yang Suami
bagitau kami di kehendaki tiba di sana sejam awal dari masa yang kita pilih, macam
kami, Suami pilih untuk sesi 8PM jadi jam 7PM kami tiba di sana. Kereta boleh
parking dalam kawasan dengan caj RM10 di kenakan.
Tiba di sana kami register
nama dan buat full payment, untuk reservation boleh di buat secara online di Website. Selesai buat full payment, dah masuk waktu solat Maghrib kami ke
surau, buat pengetahuan anda yang nak solat di sana tidak disediakan ruang
solat, jadi kami guna surau di kedai mamak yang mengambil masa lebih kurang 1
minit berjalan kaki dari kawasan “DITS”. Tips Sis untuk kaum Hawa yang dah siap
mekap sila ambil wuduk siap dari rumah sebab ruang surau dalam bilik kecil
tanpa paip air dan sila bawa telekung sekali kerana tiada telekung di sana.
Selesai solat kami kembali
ke lounge menunggu turn untuk naik, agak lama juga menunggu hampir jam 9 baru dapat naik,
mungkin sebab hujan antara faktor kelewatan. Takpe ruang menunggu ada
aircond, sofa/ seating area, & tv so selesa cuma Sis tak berapa minat ada banyak
arak di bar tempat yang sama bayaran di buat. Sampai turn kami untuk naik, beg
yang oversized di minta untuk tinggal dalam locker yang di sediakan.
Faktor keselamatan sangat
di utamakan ye la sebab kita duduk atas satu kerusi yang tergantung di awangan
dengan space yang limited kalau takkk, ada yang terbang nanti huhu.. buat yang
gayat tapi nak cuba, why not! once in a lifetime mungkin, macam Suami Sis pon
gayat tapi dia beranikan diri untuk di jadikan kenangan katanya.. So untuk makanan kita di
hidangkan 3 course pilihan kita, terdiri dari seabass, ayam, dan beef, pilihan
di minta semasa booking. Suami pilih beef untuk Sis dan ayam pilihan dia.
Happy me!
First course salad sebagai
starter, kemudian main course, dessert ice cream kelapa yang ada rasa bunga
kantan dan rasa masam, Chef on board akan explain semua
hidangan selepas served. Dan selepas hidangan
dessert, host akan wish semua yang ada buat special request such as birthday or
Anniversary celebration iaitu kami antaranya dan kek akan di hidangkan buat
yang request (tambahan untuk kek di buat semasa booking dan ada bayaran
tambahan)
Starter
Main course
Dessert
Anniversary cake (Upon request with additional cost)
Harga dan masa tempahan
anda boleh cek di Website dinner in the sky. Tips dari Sis make sure
battery camera or HP full untuk capture moment di atas, dan pada anda yang ada
buat special request tu boleh standby video masa host announce nama nanti. Sis terkilan sikit la sebab tak dapat nak save moment tu, ye la Suami yang request
so bila kita tepukkan untuk orang lain xde la stanby video sebab x terfikir nama sendiri pon ada dalam list
huhu. Buat yang nak bawa anak kecil, Sis ada tanya yang berumur dari 14 tahun dengan ketinggian yang cukup untuk fit dengan seat belt sahaja yang lepas
untuk mencuba ya atas faktor keselamatan. Kalau boleh pakai kasut yang selesa dan selamat di atas
takut kasut yang senang tercabut nanti jatuh ke bawah.
Leaving on a Jet Plane lalala~~~ haha!
Anyway di kesempatan ni Sis nak ucapkan terima kasih lagi untuk suami yang sudi bawa merasa dinner
yang sangat enjoyable and memorable ni. Memang tak terfikir akan sambut dengan cara ni. Mula tu masam
juga la muka sebab rasa membazir duit sangat, tapi bila Suami explain dia nak
abadikan first Anniversary kami dengan cara yang special untuk kenangan bersama
so Sis faham. Actually memang pernah ajak Suami ke sini konon nak bayar makan
sendiri tapi dia tak cakap pon apa2 dia cuma cakap InshaAllah je., tapiii
bila dia bayarkan rasa tak sampai hati pula. Anyway Sis sangat2 enjoy dan
happy untuk moment “DITS” ni. Sis Doakan semua yang teringin untuk mencuba termakbul. Tqsm for reading.. Hugs!
"Merci mon mari" 💗
Comments
Post a Comment