Day 2-3/4/2018
Nusa Lembongan
|
Blue Lagoon
|
Pagi ni kami breakfast dulu di homestay, yang best sini dengan harga tak sampai 100 semalam kita dapat free breakfast walaupon cuma roti bakar, fresh orange
& kopi tapi cukup untuk alas perut. Selesai sarapan kami round naik motor di kawasan Nusa Ceningan, first kami stop di Blue Lagoon, sangat cantik air laut dia tapi ada tebing so x selamat
untuk turun dah bergambar kami jalan lagi sampai jupe port
cantik di café Blue Paradise Island, kat sini korang boleh terjun, mat
saleh datang sini untuk surfing kalau korang ke Nusa Lembongan sila datang sini kalau x rugi laa sebab view sangat cantik! lama kami enjoy view sambil minum jus di sini. Korang boleh la order air k
sebab ini café bukan public area.
|
Blue Paradise Island Cafe |
Next, kami ke Nusa Ceningan Dream Point kat sini ada buaian yang homestay Dream Point ni sediakan, kat Nusa Lembongan & Ceningan ni memang banyak la tempat dengan
view cantik2 so korang stop je la kat mana2 tempat yang korang nak capture moment
korang dan transport yang paling ideal di sini ialah motorsikal. Habis round kami balik ke homestay untuk check-out. Kami tanya host homestay, transport untuk ke Nusa Penida dan dia bantu kami carikan bot. Terima kasih Gede (nama host homestay) atas layanan baik kamu sangat2 membantu. Kami di arah untuk tunggu bot di bawah jambatan iaitu cuma seminit berjalan dari Homestay kami.
|
Dream Point, Nusa Ceningan |
|
Suami berlatar belakang Yellow Bridge ( Tempat tunggu bot ke Penida) |
Pakcik bot cuma bawa kami berdua ke Nusa
Penida. Bayar pon x mahal Alhamdulillah semua urusan di permudahkan, semoga kalian2 yang baik hati di limpahi rezeki. Lebih kurang 30 minit sampai di Nusa Penida, kami lunch dulu di kedai Islam deret lot2 kedai tepi laut tempat bot turunkan kami. Lina makan ikan bakar dan suami
makan nasi goreng dan tak tinggal jus alpukat my fav nyum puas! Selesai makan kami
berjalan ke hostel,tengah berjalan tu dorang offer motor sewa so Suami grab je la
sebab nak jalan x tau berapa jauh lagi.
|
Kami dan Pakcik bot |
|
Jus Alpukat, Nyummeh! |
Selesai check-in n solat kami ke
Broken Beach & Angel’s Billabong perjalan ke sana agak jauh dari hostel kami yang terletak berdekatan dengan tempat kami turun bot tadi. Jalan untuk ke sana berbatu, bukan jalan tar all the way ye so sport shoes is the best kalau anda naik motor, dan jangan lupa standby selipar kalau anda nak turun mandi di Angel's Billabong. Buat pregnant lady pada pendapat Lina x sesuai ke sini dengan motor sebab keadaan jalan yang tak rata,ada je tour yang bawa naik kereta ke sini so boleh cari di lot kedai tepi laut tempat bot berlabuh.
Sampai di sana kami ke Broken beach dulu bergambar kat sini kejap je sebab x
boleh turun pon. Kemudian turun ke Angel’s Billabong, Subhanallah view dia
Amazing! Kat sini memang Lina x lepas peluang turun berendam di infinity pool semulajadi ni puas! Alhamdulillah(segala puji bagi Allah). Sebelum senja kami terpaksa bergerak sebab perjalanan yang jauh dengan keadaan jalan yang tak berapa selamat bila gelap sebab tiada lampu jalan ye, jadi pastikan turun sebelum hari gelap.
|
Broken Beach |
|
Angel's Billabong |
|
Muka happy bertemu laut! |
Selamat turun dari sana kami singgah makan di kedai makan Islam di warung Ichwan. kat sini makan murah and rasa pon kene dengan selera.
Kami memang x makan tempat lain dah bila jumpa kedai ni. Turun tu kelaparan kami
pon order nasi ayam penyet memang kenyang la. Sekarang Lina n kakak kedai ni dah jadi kawan FB pon so Lina nak la promote kedai orang meniaga ikhlas
camni kat korang. Jangan lupa sebut nama Lina ae buat dia happy je ni bukan
paid review, Insha- Allah kalau kita
bantu orang lain Allah akan mudahkan urusan kita.
Sebelum lupa untuk 2 malam di sini kami tidur di Homestay Nusa Penida yang terletak dekat dengan Hospital sini. Pada mulanya kami booked bilik online tapi masa kami sampai tempat yang kami booked tu sedang renovate dan keadaan bilik pon berhabuk so Lina bagitau Suami untuk cari tempat lain, dan pekerja tempat ni pon siap tunjukkan kami Homestay yang kami duduk ni, mujur Suami pilih untuk bayar di sana.
Comments
Post a Comment