HONEYMOON TRIP, BALI - APRIL 2018

BALI - 2/4/2018

To our first Honeymoon!


DAY 1

Assalammualaikum semua.. Entri ni Sis nak share trip ke Bali yang lepas. Sis dah lama teringin nak ke Bali tapi hold sebab niat nak jadikan Bali tempat "honeymoon". Alhamdulillah di permudahkan dan segala perancangan menjadi nyata, jadi tanggal 2 April 2018 Sis dan Suami fly ke Bali. Flight tiket kami beli sebulan awal, rezeki buat kami dapat harga yang boleh consider murah, harga kami dapat RM300/pax, return.

Pagi tu kami ambil Grab keluar dari rumah jam 5AM untuk naik flight jam 7AM, kami dapat naik flight agak lewat pagi tu dalam sejam menunggu baru dapat boarding. Semua flight Antarabangsa turun di Ngurah Rai Airport. Selesai urusan kastam, kami terus keluar mencari driver yang Suami dah tempah online dari Syarikat Maruti Ekspress yang menyediakan perkhidmatan bot dari Sanur ke Nusa Lembongan termasuk Airport transfer, anggaran harga pergi balik RM200/pax.   

Safely arrived

Alhamdulillah perjalanan lebih mudah dan teratur jika beli awal macam kami. Sampai saja di Sanur iaitu tempat kami di turunkan untuk menaiki Bot ke Nusa Lembongan kami tunggu dalam 30minit untuk kumpul penumpang lain. Perjalanan Bot dari Sanur ke Nusa Lembongan ambil masa 1 jam. Setiba di Nusa Lembongan kami terus ke van yang akan membawa kami ke Homestay yang dah kami booked online (semua transportation termasuk dalam transport syarikat bot tadi) Senangkan! Hehe Alhamdulillah..

Kami stay di Yellow Bridge Homestay of coz b4 pergi Sis buat survey dan dapati host homestay ni sangat helpful dan homestay di terletak betul2 lepas yellow bridge iaitu connection bridge antara Nusa Lembongan dan Ceningan. Setel solat kami cari motor sewa, kami tanya Gede host homestay tu dan dia offer motor yang tersedia untuk sewa so kami sewa dari homestay je. 

Yellow Bridge Homestay

Lepas dapat motor kami terus ke Devil’s Tear & Water Blow kat Lembongan, memang teruja dengan air laut biru, duduk la kat tebing tu sambil layan angin n ombak. Kalau nak terjun pandai2 la nak naik balik, dengan ombak kuat so xde pulak yang terjun situ. Lepas puas bergambar kami gerak ke Water Blow sebelah je jalan kaki pon boleh, kat Water Blow ni memang fun banyak kali gak kami kene percikan air laut sambil layan selfie dan tunggu Sunset. Haa rinduuuu.. 


Sebelum balik homestay kami round kawasan sambil cari makan malam. Otw jalan nak ke homestay kami, ada kedai nasi padang Islam so kami makan la tanpa was2. Kat Bali ni jangan masuk sebarang kedai k sebab khinzir bersepah, so pastikan apa yang korang makan. Bersambung untuk trip day 2 pulak k.

Comments

  1. Terbaek! Tempat honeymoon i gn my wife gak!memang cantik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog